Unit 1.8 : Etika Perniagaan


Di atas saya upload dua video yang menunjukkan perbezaan etika perniagaan yang baik dan kecurangan dalam etika perniagaan. Dalam konteks pembelajaran kita, etika perniagaan adalah berdasarkan Al-Quran & As-Sunnah.


Mengikut perpektif cara pemikiran peniaga-peniaga dari barat,  tujuan berniaga bagi mereka cuma mendapatkan keuntungan, tetapi  dengan peredaran masa dan dari pengalaman, perpektif tujuan  perniagaan barat ini telah berubah dengan memberi penekanan kepada, tujuan berniaga sebenarnya adalah untuk memenuhi tanggungjawab sosial. Perubahan pemikiran falsafah barat ini di sebabkan masyarakat barat kini menganggap seorang peniaga perlu bertanggungjawab pentingkan alam sekitar di kawasan yang dia berniaga, kebajikan masyarakat setempat dan juga kebajikan pekerjanya. Dari pandangan peniaga-peniaga barat, tanggung jawab sosial ini boleh meningkatkan imej sesebuah syarikat perniagaan mereka dari kaca mata masyarakat dan sekali gus boleh meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan atu produk mereka.
Pandangan falsafah perniagaan Islam, lahir dari falsafah kehidupan manusia yang telah ditentukan oleh Islam. Ia berbeza dari falsafah barat yang seringkali berubah mengikut selera atau dari pengalaman. Tujuan berniaga mengikut falsafah perniagaan Islam berasaskan tauhid. Ia berkaitan rapat dengan kesan tauhid dalam kehidupan manusia. Keperluan asas mengikut tauhid adalah:
  1. Agama.
  2. Nyawa.
  3. Akal.
  4. Keturunan.
  5. Harta.
Masa’lih bermakna segala yang memelihara salah satu atau kelima-lima perkara yang tersebut di atas.
Mafa’sid pula bermakna segala yang boleh memberi kesan negatif  ke atas salah satu atau kelima-lima perkara di atas.

Kesimpulan: Dalam menjalankan kegiatan perniagaan, seseorang usahawan muslim itu seharusnya memastikan bahawa peraturan-peraturan yang telah digariskan perlu dipatuhi sesuai dengan prinsip yang tidak memudaratkan agar dapat memastikan perniagaan akan diredhai oleh Allah.

1 comment:

  1. Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian pergi ke atas dan di luar keperluan mereka untuk membantu saya dengan pinjaman saya yang saya gunakan memperluaskan perniagaan farmasi saya, Mereka adalah permata yang ramah, profesional, dan mutlak untuk bekerja dengan. Saya akan mengesyorkan sesiapa yang mencari pinjaman untuk dihubungi. Email..lfdsloans@lemeridianfds.com Atau lfdsloans@outlook.com.WhatsApp ... + 19893943740.

    ReplyDelete