Pengumuman

Peluang Perniagaan di KKTM Sri Gading

Tawaran di buka kepada semua ahli Kelab Usahawan KKTM Sri Gading yang berminat untuk menjalankan perniagaan di dalam kawasan KKTM Sri Gading bermula Mac 2012. Perniagaan dihadkan pada waktu malam di Pusat Kegiatan Pelajar KKTM Sri Gading. Tempat perniagaan disediakan.

Sesiapa yang berminat, sila beri maklumat diri dan perniagaan anda kepada Guru Penasihat Kelab Usahawan KKTM Sri Gading, Puan Nurul Ashikin Binti Abu Bakar di bilik pengajar Jabatan Pengajian Am selewat-lewatnya pada 25 Februari 2012.

Sekian, terima kasih.


Lawatan ke Ekspo Inovasi

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Malaysian Assosiation of Research Scientists (MARS) dan PROTEMP Exhibitions Sdn. Bhd. akan menganjurkan Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2012 kali ke-11 pada 16-18 Februari 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Kelab Inovasi KKTM Sri Gading berminat untuk menghantar pelajar yang berminat ke ekspo tersebut. Para pelajar yang mengambil kursus DUK 4012 Entrepreneurship digalakkan menyertai lawatan tersebut. Para pelajar dapat melihat produk rekacipta dan inovasi terkini yang boleh dikomersialkan di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Mana-mana pelajar yang berminat untuk menyertai lawatan tersebut bolehlah memberi nama anda kepada Guru Penasihat Kelab Inovasi KKTM Sri Gading, Cik Norarina Binti Mat Ladzin di Bilik Pengajar Jabatan Pengajian Am. Hanya 30 orang pelajar yang terawal memberi nama akan menyertai lawatan ini. 

Sekian, terima kasih.


Lawatan Kelab Usahawan Ke IKS

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Kelab Usahawan KKTM Sri Gading akan mengadakan lawatan ke Industri Kecil & Sederhana di sekitar daerah Johor Bahru pada 9 Februari 2012. Mana-mana pelajar yang berminat untuk menyertai lawatan tersebut bolehlah memberi nama anda kepada Guru Penasihat, Puan Nurul Ashikin Binti Abu Bakar di Bilik Pengajar Jabatan Pengajian Am. Hanya 30 orang pelajar yang terawal memberi nama akan menyertai lawatan ini. 

Sekian, terima kasih.


Keahlian Kelab Usahawan Kini Dibuka!!

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Keahlian baru untuk Kelab Usahawan KKTM Sri Gading telah dibuka. Mana-mana pelajar yang berminat untuk menyertai kelab ini bolehlah mendaftar dengan mengisi borang di bawah:-

Borang Keahlian

Borang yang siap diisi hendaklah dihantar kepada Guru Penasihat, Puan Nurul Ashikin Binti Abu Bakar di Bilik Pengajar Jabatan Pengajian Am.

Sekian, terima kasih.


Kutipan Akhir Bayaran Modul DUK 4012  Entrepreneurship

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Makluman kepada semua pelajar semester 4 yang mengambil kursus DUK 4012 Entrepreneurship. Anda diminta menjelaskan bayaran modul DUK 4012 Entrepreneurship yang telah diterima selewat-lewatnya 19 Januari 2012.

Kerjasama daripada semua pelajar yang terlibat amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.